2025-02-14
HaiPress
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,14 Februari- Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) akan dibentang di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pindaan itu mengetepikan keperluan mendapat kelulusan tempat berhimpun,sebaliknya badan atau kumpulan penganjur hanya perlu membuat pemaklumkan kepada polis dalam tempoh lima hari sebelum perhimpunan.
"Keputusan ini mempermudahkan apa jua bentuk perhimpunan,kecuali sekiranya perhimpunan itu mencetus ancaman keselamatan.
"Sementara menunggu pindaan baharu berkuat kuasa,kerajaan memberi moratarium untuk membolehkan perhimpunan aman berjalan tanpa perlu surat kebenaran pemilik premis," menurut hantaran itu.
Perkara itu adalah reformasi penting selaras dengan prinsip MADANI yang menjunjung tinggi prinsip demokrasi dan menghormati kebebasan bersuara serta berbeza pandangan.