2025-02-14
HaiPress
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,13 Februari – Agenda pemerkasaan ekonomi komuniti India diperkukuh menerusi inisiatif Geran Bantuan dan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),dengan peruntukan awal berjumlah RM1.4 juta kepada lapan koperasi terpilih.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata setakat ini,14 daripada 17 koperasi yang memohon bantuan kewangan telah mendapat kelulusan.
"Dengan kerjasama SKM,kita akan turun ke setiap negeri bagi mengadakan taklimat dan perbincangan dengan koperasi India untuk membantu mereka dari segi dokumentasi,pengauditan serta maklumat yang diperlukan supaya permohonan mereka dapat diluluskan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek cura kepada penerima geran bantuan dan tabung modal pusingan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia,di sini.
Ramanan turut menggesa komuniti India untuk memanfaatkan setiap inisiatif yang diperkenalkan bagi memastikan kesinambungan program pada masa akan datang.
Selain itu,Ramanan memaklumkan satu lagi inisiatif penting bagi merangsang pertumbuhan perniagaan dalam kalangan komuniti India akan diumumkan dalam masa terdekat.