Bazar Ramadan di Terengganu disaran guna pembayaran tanpa tunai

2025-02-14 IDOPRESS

FOTO FAIL

KUALA TERENGGANU,14 Februari - Semua bazar Ramadan di Terengganu disaran menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai bagi mengurangkan risiko pencemaran silang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,Perumahan dan Kesihatan Terengganu Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata,sebanyak 57 lokasi bazar Ramadan bawah pihak berkuasa tempatan disediakan di seluruh negeri tahun ini.

Ia melibatkan hampir 4,500 peniaga berbanding tahun sebelumnya iaitu 4,000 peniaga.

"Ke semua gerai bazar Ramadan di kawasan khas akan dipantaudan diperiksa sekurang-kurangnya sekali sepanjang bulan puasa," kata Wan Sukairi. Terdahulu beliau merasmikan Medan selera D Muara dekat Kuala Nerus.

Katanya,tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang menyewakan lot niaga kepada warga asing.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.