2025-02-14
IDOPRESS
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,14 Februari- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak lima peratus pada suku keempat 2024,didorong permintaan dalam negeri.
Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan,aktiviti pelaburan kukuh itu disokong oleh pelaksanaan berterusan projek baharu dan projek sedia ada.
"Perbelanjaan isi rumah terus mampan berikutan keadaan pasaran pekerja yang positif dan sokongan dasar yang berterusan.
"Dalam sektor luaran,pertumbuhan eksport barangan dan perkhidmatan terus berkembang manakala pertumbuhan import modal dan import perantaraan menjadi sederhana," menurut kenyataan itu.
Dari segi penawaran,pertumbuhan disebabkan
pengembangan dalam sektor perkhidmatan disokong peningkatan daripada subsektor berkaitan pengguna dan berkaitan perniagaan.
Secara keseluruhan,ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus pada 2024.
Ia dipacu oleh permintaan dalam negeri yang terus berkembang dan pemulihan dalam eksport.