Kepelbagaian di Malaysia mencerminkan keutuhan perpaduan

2025-02-17 IDOPRESS

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR,16 Februari- Kepelbagaian kaum,agama,bahasa dan budaya di Malaysia mencerminkan keutuhan perpaduan dalam kalangan rakyat negara iniseiring konsep Malaysia MADANI.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata,silang budaya dalam kalangan masyarakat terus memperkukuh semangat kebersamaan dalam negara.

"Tidak ada negara di dunia ini boleh menyambut pelbagai perayaah malah ia turut meliputi budaya-budaya yang baik antara kita.

"Kebiasaannya Tahun Baharu Cina disambut hingga Cap Goh Mei,tetapi di Malaysia kita sambut selama sebulan. Di kebanyakan negara Islam pula selalunya Hari Raya Aidilfitri disambut sehari,tetapi berbeza di Malaysia. Begitu juga dengan sambutan Deepavali,saya menerima undangan ke majlis keraian selepas sebulan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Makara Sankranthi Charity Geethanjali (Pongal) di Auditorium Tan Sri Roma,Wisma Tun Sambathan di ibu negara.

Dalam program itu beliau turut menyampaikan angpau kepada anak yatim,pesakit strok dan kanser.

Selain itu seorang orang kurang upaya (OKU) buta turut mendapat satu komputer riba untuk kemudahan berkomunikasi.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi Yayasan Telegu Datuk Dr .R Kantharao,orang kenamaan,artis budaya dan 300 tetamu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.