2025-02-18
HaiPress
Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,17 Februari- Semua pihak diingatkan berwaspada dalam mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial,khususnya membabitkan isu perkauman.
Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI Fahmi Fadzil menegaskan,Malaysia sebagai sebuah negara majmuk harus sentiasa mengutamakan keharmonian kaum,selain mengekalkan adab dan kesederhanaan dalam menyuarakan pandangan.
"Sebagai sebuah negara yang majmuk dengan pelbagai kaum,seharusnya kita lebih cakna apabila menggunakan media sosial. Penggunaan itu perlu bersederhana termasuk ketika memberikan komen berhubung pelbagai isu,termasuk isu ini.
"Mengenai pelaku sekiranya pihak berkuasamempunyai asas untuk mengambil apa apa tindakan susulan maka kita serah kepada badan badan penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkaitan," katanya kepada pemberita selepas Digital Leadership Excellence Graduation Ceremony 2024 di ibu negara.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadiaan tular di media sosial berhubung peniaga jagung bersifat perkauman,yang menjadi polemik ketika ini.
Semalam,penjual jagung yang mencetuskan kontroversi selepas memaparkan papan tanda berunsur perkauman itu telah memohon maaf kepada seluruh masyarakat Malaysia khususnya kaum India atas perbuatannya.
Sementara itu Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menerusi hantaran di X berkata peniaga tersebut juga telah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang.