Diplomasi semikonduktor satu daripada tonggak strategik kerangka dasar NSS

2025-02-18 HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,17 Februari- Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) hari ini telah bersetuju agar diplomasi semikonduktor menjadi salah satu tonggak strategik dalam kerangka dasar Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook memaklumkanbahawa strategi itu dirangka bagi mengukuhkan kerjasama sinergi dengan rakan kongsi antarabangsa dan negara-negara ASEAN.

Perkara itu ke arah memastikan rantaian bekalan yang mampan dan berdaya tahan bagi pemain semikonduktor domestik dan global.

"Pelaksanaan kerangka dasar NSS ini akan memberi fokus strategik kepada pembangunan syarikat-syarikat tempatan dengan sasaran mewujudkan 10 syarikat tempatan berkaitan semikonduktor dengan hasil dianggarkan antara RM1 bilion hingga RM4.7 bilion," menurut hantaran itu.

Sementara itu Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri akan mewujudkan kerjasama lebih erat dalam aspek diplomasi semikonduktor.

Selain itu sokongan daripada pelaksanaan inisiatif strategik berupaya melonjakkan negara ke tahap lebih cekap.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.