2025-02-18
IDOPRESS
Majlis Pengijazahan Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE) 2024 di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR,17 Februari- Inisiatif seperti Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE) adalah penting dalam mengukuhkan daya saing global Malaysia selain menyokong pertumbuhan inklusif dan mampan ASEAN.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata,kerjasama antara kerajaan,industri dan ahli akademik adalah penting dalam mewujudkan ekosistem yang teguh untuk kemajuan negara.
"Harapan saya dalam tempoh tiga tahun program ini dilaksanakan ada 250 orang lagi yang akan menyertai tahun ini Selain daripada 50 dalam kohort pertama.
"Niat dan hasrat pada tahun 2026 adalah untuk mendedahkan para peserta kepada teknologi-teknologi baru dan juga keperluan untuk memperluas pola pemikiran terhadap perubahan perubahan yang sedang berlaku dalam dunia,terutama dalam bidang kecerdasan buatan (AI),internet kebendaan (IOT),Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan keselamatan siber," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis PengijazahanKecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE) 2024 di ibu negara.
Seramai 50 pemimpin dari sektor awam,swasta,serta kalangan akademik telah berjaya menamatkan Kohort Pertama DLE,hasil kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan syarikat teknologi terkemuka,Huawei.