YBR peruntuk RM4.08 juta untuk biasiswa UKKM

2025-02-19 HaiPress

Foto FB Felix Joseph Saang

KUALA LUMPUR,18 Februari- Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan sebanyak RM4.08 juta untuk menaja biasiswa kepada calon-calon terpilih yang melanjutkan pelajaran di Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),Datuk Ewon Benedick berkata,kerjasama antara YBR dan UKKM itu bertujuan membuka peluang kepada pelajar yang berminat dalam bidang keusahawanan dan pengurusan koperasi.

"Hari ini saya berkesempatan untuk menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman(MoU) di antara YBR dan UKKM melibatkan pembiayaan RM4.08 juta,di mana daripada jumlah itu,15 biasiswa akan ditawarkan untuk program sarjana muda dan 20 untuk program diploma.

"Saya amat yakin dengan kerjasama ini kita dapat menjadikan UKKM sebagai salah satu pilihan kepada anak-anak muda untuk melanjutkan pengajian,terutama di dalam bidang keusahawanan dan koperasi Malaysia," katanya kepada media selepas menyaksikan MoU antara YBR dan UKKM di sini.

Memorandum ditandatangani bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif YBR,Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Naib Canselor UKKM,Profesor Datuk Dr Azali Mohamad yang turut disaksikan Pengerusi YBR,Datuk Philip Benedict dan Pengerusi UKKM,Datuk Wira Dr Rosli Mat Hassan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.