Isu PPRS, stadium e-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini

2025-02-19 IDOPRESS

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR,19 Februari - Isu Projek Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS),stadium e-sukan baharu dan tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF),antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen,Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) bertanyakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah sama ada kementerian bercadang untuk menambah baik syarat permohonan PPRS,supaya dapat memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan yang memerlukan pada sesi soal jawab.

Pada sesi sama,Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) pula meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan status peruntukan RM20 juta dalam Belanjawan 2025 bagi pemerkasaan e-sukan.

Beliau juga ingin tahu adakah kementerian telah mengenal pasti lokasi pembinaan stadium e-sukan baharu di seluruh negara dengan kerjasama E-Sport Integrated dalam memacu pembangunan ekosistem serta bakat e-sukan.

Turut menarik perhatian,soalan berhubung pendirian semasa kerajaan dalam memuktamadkan hala tuju struktur tadbir sistem pembayaran tol MLFF dan status terbaharu rundingan bersama syarikat konsesi lebuh raya mengenai pelaksanaan MLFF itu.

Perkara itu akan dibangkitkan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) kepada Menteri Kerja Raya.

Usai sesi soal jawab,persidangan diteruskan dengan sesi penggulungan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh menteri daripada setiap kementerian.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 18 hari hingga 6 Mac.-BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.