2025-02-20
HaiPress
Norizan Ismail di Mahkamah Majistret Dungun
DUNGUN,20 februari- Mahkamah Majistret di sini hari ini memutuskan untuk memindahkan kes pemandu wanita yang berdepan tuduhan cubaan membunuh pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun pada Oktober tahun lalu ke Mahkamah Tinggi.
Keputusan itu dibuat oleh Majistret Nur Amirah Fatihah Osman setelah menerima permohonan Timbalan Pendakwa Raya,Nur Azhani Azman bagi memindahkan kes yang dihadapi oleh Norizan Ismail bagi membolehkan perbicaraan diteruskan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu bagi ketiga-tiga pertuduhan lain.
Terdahulu Norizan Ismail didakwa di atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaankerana melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Akmal Md Tukirin,25 tahun; Ku Adib Aizad Ku Azmi,20 tahun dan Khairil Anwar Jamaludin,20 tahun di jalan pantai berhahadapan UiTM Dungun pada pukul 7.35 malam pada Oktober lalu.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum tidak kurang 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya manakala tertuduh diwakili oleh peguam Norhabibah Norulalzahar.