2025-02-20
IDOPRESS
Datuk Seri Fadillah Yusof
KUALA LUMPUR,20 Februari-Sebanyak 50 pelan induk tebatan banjir telah disiapkan dan enam lagi dalam pembangunan bagi mengurangkan impak banjir di seluruh negara menerusi Rolling Plan Kelima tahun 2025 (RP5)Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menggunakan kaedahpendekatan secara struktur dan bukan struktur bagi mengurangkan perkara itu.
"Secara struktur PETRA melalui JPS melaksanakan projek tebatan banjir termasuk projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi (TBBT) pelaksanaan projek meliputi skop membina dan menaik taraf pelbagai infrastruktur banjir seperti ban,benteng banjir,struktur kawalan rumah pam,kolam takungan termasuk kerja melebar dan mendalamkan sungai.
"Melalui pendekatan bukan struktur PETRA melalui JPS menyediakan pelan induk tebatan banjir seluruh Malaysia bertujuan untuk menyediakan perancangan dan penyelesaian banjir secara menyeluruh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Alias Razak berkenaan tindakan PETRA berhubung gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu projek berkaitan tebatan banjir disegerakan dan berapa kos terkini yang perlu ditanggung oleh kerajaan hari ini.
Beliau turut menambah bahawa Rolling Plan Kelima (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),sebanyak 136 projek tebatan banjir diluluskan dengan jumlah kos RM22.86 bilion.
Daripada jumlah itu,35 projek sedang dalam peringkat prapelaksanaan dan 73 projek sedang dalam pelaksanaan.