2025-02-20
IDOPRESS
Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
KUALA LUMPUR,20 Februari- Sebanyak 717 tangkapan kesalahan pemalsuan identiti kad pengenalan dilakukan pihak berkuasa melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak tahun 2020 hingga 2024.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata menerusi tangkapan itu seramai 320 individu ditahan dengan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
"Ia melibatkan kesalahan memiliklikad pengenalan palsu dan kad pengenalan orang lain. Dari segi penguatkuasaan kita mengambil tindakan tegas.
"Kita sedar bahawa perubahan berubah dan teknologi berubah kecekapan yang melalukan kesilapanjuga meningkat tetapi kita juga meningkatkan keupayaan untuk menangani segala perubahan berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Rakyat,hari ini.