Jumlah petugas haji dikurangkan 5% tahun ini

2025-02-25 HaiPress

Foto RTM

ALOR GAJAH,24 Februari- Tabung Haji (TH) mengambil langkah untuk mengurangkan jumlah petugas haji di tanah suci tahun ini.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar,ia bagi mengimbangkan kos pengurusan melibatkan petugas-petugas pada kali ini.

Jumlah petugas akan berkurang lima peratus,sebanyak 568 orang berbanding tahun lalu seramai 620 orang,melibatkan kumpulan perubatan dan kebajikan.

Meskipun begitu,pihaknya memberi jaminan pengurangan tersebut tidak akan menjejaskan kelancaran ibadah haji.

"Saya memberi jaminan,dan pengerusi juga turut memberi jaminan bahawa walaupun jumlah itu dikurangkan,insya-Allah ia sama sekali tidak akan menjejaskan cara petugas-petugas TH dalam menyantuni jemaah haji bagi tahun 1446 Hijrah," katanya pada Majlis Perasmian Program Pengukuhan Petugas Haji Tanah Suci Musim Haji 1446H/ 2025M di sini.

Tahun ini,jumlah jemaah haji negara adalah seramai 31,600 orang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.