Kerjasama, usaha berterusan lindungi kesejahteraan komuniti terkesan HIV dan AIDS

2025-03-03 HaiPress

Prof Madya Dr Raja Iskandar Shah Raja Azwa

PEKAN,3 Mac- Lebih tiga dekad,Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam menangani wabak HIV dan AIDS hasil daripada dasar progresif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAC),Prof Madya Dr Raja Iskandar Shah Raja Azwa,menegaskan keperluan kritikal untuk usaha berterusan dan kerjasama dalam melindungi kesejahteraan komuniti yang terkesan oleh HIV/AIDS.

"Sokongan daripada sektor korporat,organisasi bukan kerajaan,dan individu yang prihatin memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan Program Rumah Perlindungan MAC serta inisiatif lain seumpamanya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada majlis Malam Amal Mulia anjuran Majlis AIDS Malaysia di sini.

Dalam pada itu beliau juga berharap agar agensi kerajaan lain turut dapat mempertimbang untuk meningkatkan sokongan dan bekerjasama rapat dengan pihaknya dalam program tersebut.

Melalui inisiatif pemimpin tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta rakan-rakan kerjasama MAC dan Yayasan AIDS Malaysia telah berjaya mengumpul dana lebih RM700,000.

Dana tersebut bagi memastikan kesinambungan program,membolehkan penduduk rumah perlindungan terus menerima rawatan HIV dan membina kehidupan lebih berdikari.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.