Projek lampu solar Pos Belatim dijangka dilaksana 2026

2025-03-03 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,3 Mac- Pemasangan lampu solar di Kampung Sempadik Pos Belatim,Gua Musang telah dimasukkan dalam Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Alternatif dan ia telah dikemukakan bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam satu kenyataan memaklumkan ia dijangka dilaksanakan pada tahun 2026 danmelibatkan sistem solar hibrid bagi kampung-kampung yang masih belum menerima bekalan elektrik grid.

"Selain itu,sebagai langkah segera,JAKOA sedang mengenal pasti lokasi yang memerlukan penyelesaian sementara melalui pemasangan lampu solar dengan kerjasama agensi berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Usaha ini bertujuan memastikan kampung-kampung yang terkesan dapat menikmati pencahayaan asas sebelum pelaksanaan projek seperti yang telah dimohon," menurut kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada laporan media berhubung permohonan penambahan jumlah lampu solar di Kampung Sempadik.

Bagaimanapun JAKOA terus komited untuk mencari penyelesaian terbaik dan memastikan kesejahteraan serta kebajikan masyarakat orang asli terus terpelihara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.