Jelajah Ramadan tiba di Lawas, bantu komuniti setempat

2025-03-03 IDOPRESS

Mohd Jailani Ab Salam

LAWAS,2 Mac- Hotel Seri Malaysia Lawas menjalin kerjasama dengan RTM Sarawak menjayakan program Jelajah Ramadan (JR) Edisi ke-13 tahun ini dalam usaha membantu golongan kurang bernasib baik di Lawas bersempena dengan sambutan Ramadan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn. Bhd,Mohd Jailani Ab Salam,berkata penglibatan dalam JR merupakan satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk menghulurkan bantuan selain bertemu komuniti setempat.

"Program Jelajah Ramadan ini merupakan kali ketiga penglibatan Hotel Seri Malaysia untuk turut bersama berkongsi rezeki dalam menjayakan Program Jelajah Ramadan,Kongsi Rezeki Bersama," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Pada majlis penyampaian sumbangan,pihaknya menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 26 orang anak yatim termasuk seorang daripadanya menerima sebuah kerusi roda.

Dalam pada itu,pihak hotel bersama petugas RTM Sarawak bergotong-royong memasak bubur lambuk untuk diedarkan kepada komuniti di Lawas.

"Harapan saya adalah agar program sebegini dapat diteruskan dan kami di rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd berlapang dada untuk bekerjasama terutamanya melibatkan sebarang program berbentuk kemasyarakatan dan manfaat kepada komuniti setempat," katanya lagi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.