2025-03-04
HaiPress
Fahmi Fadzil/ Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,4 Mac- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarah menjalankan siasatan terperinci berhubung tindakan kakitangan sebuah stesen radio swasta yang mempersenda upacara agama lain.
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil berkata pihak pengurusan stesen radio tersebut akan dipanggil untuk hadir ke ibu pejabat MCMC,bagi memberikan penjelasan penuh.
Ini bagi memastikan tindakan yang boleh diambil berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.
Jelasnya,Kementerian Komunikasi menerima aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan kakitangan stesen radio berkenaan.
Terdahulu,tular di media sosial rakaman penyampai radio terbabit yang dilihat melakukan tindakanseolah-olah mempersendakan upacara agama lain.
Tiga penyampai radio itu kemudian tampil membuat permohonan maaf berhubung tindakan mereka yang disifatkan menyinggung sensitivitikaum di negara ini.