RMS berkenan serah sumbangan Aidilfitri Yide kepada 660 anak yatim

2025-03-10 HaiPress

Tengku Amir Shah menyampaikan sumbangan daripada Yide kepada anak-anak yatim dari Klang / RTM

KLANG,9 Mac- Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyerahkan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada 660 anak yatim daerah Klang.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan secara bersemuka berjumlah RM99,000 itu sempena majlis serahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Kampung Sementa,Klang.

Sumbangan itu adalah sebahagian daripada peruntukan keseluruhan berjumlah RM345,300 yang diperuntukkan untuk 2,302 anak yatim daerah Klang,tahun ini.

Bagi anak yatim yang tidak dapat hadir secara bersemuka,sumbangan telah dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing bagi memastikan mereka tetap menerima peruntukan.

Pada majlis itu,Tengku Amir Shah turut berkenan menyampaikan sijil Lantikan Ketua Sahabat Prihatin Yide (K-SPY) daerah Klang dan Kuala Langat.

Tengku Amir Shah juga berkenan menyempurnakan infaq melalui kupon Infaq Yatim YIDE di kanter amil selepas menunaikan solat zuhur berjemaah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.