KPT teruskan dialog dengan industri, tingkat keperluan khusus pelajar

2025-03-10 HaiPress

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berucap pada majlis ‘Kembara Ramadan KPT 2025’ di USM

GEORGE TOWN,10 Mac-Kementerian Pendidikan Tinggi meneruskan sesi dialog dengan pemain industri bidang elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor bagi mendapat maklum balas berkaitan keperluan khusus untuk tingkatkan kemahiran pelajar.

Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata ia memberikan input terbaik kepada pihak KPT dalam pembinaan bakat-bakat pelajar yang diperlukan industri pada masa kini.

"Mendapatkan maklum balas mereka yang mengurus dan mengendalikan industri-industri yang berkenaan ini seperti kerajaan ingin mendapatkan pandangan mereka bagaimana kita nak bersama-sama dengan pihak industri khususnya dalam konteks hubungan antara akademia iaitu di antara universiti dengan pihak industri.

"... kerana salah satu pendekatan yang kerajaan lakukan sekarang ini ialah dunia pendidikan itu kita tekankan dari aspek memberikan keutamaan kepada keperluan industri,maka kita perlu memahami apa sebenarnya isu-isu besar",katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kembara Ramadan KPT 2035 bersama warga Universiti Sains Malaysia (USM) bertempat di Masjid Al-Malid Khalid,USM.

Hadir sama,Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi,Profesor Datuk Dr Azlinda Azman dan Naib Canselor USM,Profesor Datuk Seri Ir. Dr Abdul Rahman Mohamed.

USM merupakan universiti keempat yang dihadiri beliau menerusi program terbabit.

Lebih 40 rakan industri yang merupakan rakan strategik KPT dan USM terlibat dalam kerjasama libat urus pemerkasaan bidang pendidikan tinggi negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.