Tanah pertanian ditambun secara haram: MBSP janji tindakan tanpa kompromi

2025-03-10 IDOPRESS

Datuk Bandar Seberang Perai,Datuk Baderul Amin Abdul Hamid ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan ke Lot 1343 dan 1345,Mukim 15,Permatang Ara di Seberang Perai Tengah / RTM

BUKIT MERTAJAM,9 Mac- Pemilik tanah di Seberang Perai akan berdepan tindakan tegas sekiranya menggunakan tanah zon pertanian untuk kerja-kerja penambunan.

Walaupun menggunakan pelbagai taktik untuk menipu agensi berkuasa,Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan tetap tegas dengan tindakan undang-undang sekiranya ada yang tidak patuh dengan undang-undang tanah.

Ini berikutan beberapa pemilik tanah dikesan menambun tanah zon pertanian untuk tujuan lain dan ia suatu kesalahan bawah Seksyen 70 A Akta Jalan,Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

" Jika dilihat,banyak kawasan yang ditambun tanpa kelulusan majlis,sebab itu kita akan ambil tindakan yang lebih tegas dan kita tidak akan tolenransi.

"Cuma masalanya,mereka ini hanya buat hari tertentu,kadang-kadang malam,kadang-kadang hujung minggu,bila kita datang kenderaan mereka akan keluar," kata Datuk Bandar Seberang Perai,Datuk Baderul Amin Abdul Hamid.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Lot 1343 dan 1345,Permatang Ara di Seberang Perai Tengah (SPT).

Kebanyakkan pemilik tanah zon pertanian cuba mengaburi mata penguatkuasa dengan penggunaan khidmat tonto untuk mengekori anggota MBSP ketika melaksanakan tugasan.

Sabit kesalahan menambun tanah tanpa kebenaran boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

MSBP akan menggunakan khidmat agensi berkuatkuasa untuk mempertingkatkan pemantauan bagi mengawal pencerobohan dan aktiviti tambunan di tanah haram di Seberang Perai.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.