Seorang lagi jemaah haji negara meninggal dunia akibat serangan jantung

2025-05-21 HaiPress

Foto FB Dato' Setia Dr. Naim

KUALA LUMPUR,20 Mei- Seorang lagi jemaah haji negara meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 7.30 pagi di Rehab Al-Janadiriyyah,Mekah,hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Aripin @ Ariffin bin Jawah @ Ab Halim,jemaah haji Malaysia dari KT058,Maktab 90A yang berasal dari Tawau,Sabah.

Pihak Tabung Haji akan menyempurnakan segala urusan termasuk pengurusan jenazah dan pelaksanaan badal haji bagi pihak allahyarham.

Beliau yakin pemergian allahyarham yang ditemani isteri Norasiah Imam Isnin sepanjang perjalanan haji itu dalam keadaan yang sangat mulia sebagai tetamu Allah di tanah suci.

"Saya mendoakan agar Puan Norasiah,anak-anak serta seluruh ahli keluarga diberi kekuatan dan kesabaran. Al-Fatihah buat roh allahyarham," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.