JEMAAH Perlis diajak bersama bantu perkasa pendidikan anak-anak

2025-05-21 HaiPress

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pada Majlis Santapan Tengahari bersempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-23 Jemaah Dato'-Dato' (JEMAAH) Perlis yang berlangsung di sebuah hotel,di Kangar

KANGAR,21 Mei - Pendidikan dan pembentukan sahsiah serta jati diri anak-anak adalah asas utama dalam melahirkan masyarakat progresif dan berdaya saing.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah,Jemaah Dato'-Dato' (JEMAAH) Perlis perlu berganding bahu menyumbang idea,kemahiran dan kepakaran dalam usaha mencari sumber dana alternatif yang mampan.

"Langkah ini penting bagi memastikan kesinambungan bantuan pendidikan kepada para pelajar di negeri Perlis.

"Bantuan yang disalurkan juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya golongan kurang bernasib baik bagi memperoleh akses pendidikan yang lebih baik," titah baginda pada Majlis Santapan Tengahari bersempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-23 Jemaah Dato'-Dato' (JEMAAH) Perlis yang berlangsung di sebuah hotel,di sini.

JEMAAH Perlis merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan dan berperanan sebagai platform untuk individu bergelar Datuk di Negeri Perlis,bagi menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negeri.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.