Dermasiswa B40 bantu pelajar, ringan beban keluarga

2025-06-04 HaiPress

Sharifah Khadijah Tuan Hadi

KUALA LUMPUR,4 Jun- Kerajaan terus memperkukuh komitmen dalam membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah menerusi Program Dermasiswa B40 (DB40).

Menurut Timbalan Pengarah (Kluster Perundingan) Bahagian Pemodalan Insan,Jabatan Perkhidmatan Awam Sharifah Khadijah Tuan Hadi,program yang tidak memerlukan bayaran semula itu bukan sahaja menampung kos pengajian,malah bertujuan untuk mengubah nasib keluarga melalui pendidikan.

"Kami sangat menggalakkan pelajar untuk mengambil peluang ini untuk memohon. Setelah terima tajaan,belajarlah bersunguhh-sungguh.

"Ada banyak slot disediakan kepada mahasiswa. Tapi sudah semestinya penilaian terperinci akan dibuat untuk dipilih,jadi ambil peluang ini untuk membantu diri dan keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada RTM selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,di sini.

Sebanyak 10,000 slot ditawarkan bagi tajaan program DB40 tahun ini.

Permohonan bagi kemasukan pelajar lepasan SPM peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) masih dibuka hingga 15 Jun.

Manakala bagi permohonan menerusi UPUOnline telah ditutup pada Mac lalu.

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ atau https://www.jpa.gov.my

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.