Nahas bas UPSI: Nenek reda pemergian cucu sulung tercinta

2025-06-10 HaiPress

Aishah Abdul Rahim / Foto RTM

BESUT,9 Jun – Suasana pilu menyelubungi sebuah keluarga di Besut selepas menerima perkhabaran duka mengenai pemergian penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),Fatin Nasrien Fadli,yang maut dalam nahas bas di laluan Jeli-Gerik awal pagi tadi.

Nenek mangsa,Aishah Abdul Rahim,67,hanya mampu reda dengan ketentuan Ilahi dan kini menanti ketibaan jenazah cucu sulung kesayangannya itu untuk disemadikan.

Menurut Aishah,arwah merupakan cucu yang rapat dengannya dan sering pulang ke kampung untuk berkongsi cerita mengenai kehidupan di kampus.

“Dia selalu balik,cerita pasal tempat belajar dia. Tapi makcik tidak menyangka kali ini dia pergi untuk selama-lamanya,” katanya dalam nada sebak.

Aishah berkata,berita mengenai kejadian tersebut dimaklumkan oleh anaknya sejurus selepas solat Subuh,namun beliau tidak menyangka cucunya adalah antara mangsa yang terlibat.

“Semoga semuanya dipermudahkan,urusan di hospital dan perjalanan bawa dia balik… Mudah-mudahan selamat sampai,” ujarnya dengan linangan air mata.

Lebih menyayat hati,Aishah memaklumkan mereka sekeluarga tidak sempat bertemu dengan arwah buat kali terakhir malam sebelum kejadian,kerana Fatin bergegas pulang ke universiti.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.