Mangsa, waris mangsa nahas bas pelajar UPSI terus dapat perhatian

2025-06-11 HaiPress

Foto Arkib

KUALA TERENGGANU,11 Jun - Kerajaan Negeri Terengganu bakal memberi bantuan sewajarnya kepada mangsa dan waris mangsa nahas bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris-UPSI di Gerik,Perak Isnin lepas.

Perkara itu dinyatakan Menteri Besar Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman,tengah hari tadi.

Ini termasuk bantuan kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

Ujarnya,jumlah yang diperuntukkan akan dimaklumkan kelak.

"Kita akan keluarkan kenyataan berhubung jumlah yang diperuntukkan agar tidak menimbulkan kekeliruan. Seperti yang telah dimaklumkan,keperluan rawatan di hospital akan diuruskan oleh kerajaan negeri," katanya.

Ketika ditanya tentang urusan perjalanan pergi dan pulang pelajar institusi pengajian tinggi-IPT ke kampung halaman pula,beliau memaklumkan perkara itu sudahpun lama dilakukan,dan hanya perlu ditambahbaik.


Selain turut mencadangkan kawasan kerap berlaku kemalangan untuk diberikan perhatian sewajarnya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Yang DiPertua,Naib Yang DiPertua dan Ahli-Ahli Majlis Pengakap Negeri Terengganu serta Pesuruhjaya Kehormat Pengakap Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman,Kuala Terengganu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.