Hari TVET negara: Lebih 41,000 pengunjung datang hari pertama program

2025-06-12 IDOPRESS

Foto BERNAMA

AYER KEROH,12 Jun- Lebih 41 ribu pengunjung telah hadir ke Program Sambutan Hari TVET Negara yang berlangsung di MITC,Melaka setakat semalam.

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis dengan jumlah kehadiran itu,sasaran 150,000 pengunjung mampu tercapai.

'Sehingga pukul 8 malam tadi,pengunjung hari pertama seramai 41,830 orang dan hari ini kita harap lebih ramai sasaran kita untuk mencapai 150,000 pelawat sehingga pukul 8 malam esok,insyaalah,tercapai,' katanya selepas sesi lawatan mesra ke reruai pameran bersempena Hari TVET Negara bersama Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Abd Rauf Yusoh di MITC,Ayer Keroh.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET negara berkata,lebih 50 reruai pameran berkaitan TVET membabitkan pelbagai agensi disediakan pada program berkenaan.

Sepanjang tiga hari sambutan,pelbagai acara menarik akan dianjurkan termasuk seminar,bengkelserta pertandingan berasaskan inovasi,teknologi dan teknikal.

Sebanyak 12 kementerian turutterlibat dalam penganjuran kali ini,antaranya Kementerian Pendidikan Tinggi,Kementerian Pendidikan,Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,Kementerian Belia dan Sukan,Kementerian Sumber Manusia,dan Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri.

Hari TVET Negara 2025 jugamenampilkan penglibatan empat tunjang utama dalam bidang berkenaan,iaitu industri,institusi,badan bukan kerajaan serta agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.