Kontraktor Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah diingatkan tidak mohon lanjutan masa

2025-07-03 HaiPress

Datuk Seri Ahmad Maslan / Foto BERNAMA

SIPITANG,1 Julai - Kontraktor Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah diingatkan tidak memohon lanjutan masa,sebaliknya menyelesaikan projek lebih awal daripada jadual.

Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan berkata projek yang siap lebih awal daripada jadual,bukan sahaja dapat menjimatkan kos malah memberi keuntungan kepada kontraktor tanpa dikenakan denda akibat kelewatan.

Beliau ditemui pemberita selepas lawatan kerja Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah melibatkan Pakej Kerja Menaiktaraf Jalan dari Sindumin ke Kampung Melalia,di sini,hari ini.

Lawatan kerja ini bagi mengenalpasti permasalahan di tapak pembinaan yang memerlukan tindakan segera bagi mengelak kelewatan atau projek sakit.

Projek melibatkan kerja pembinaan sepanjang 28.3 kilometer termasuk pembinaan jalan lencongan sepanjang 9.4 kilometer,empat buah jambatan,satu persimpangan bertingkat,tiga jejantas pejalan kaki dan 26 unit hentian bas.

Sehingga Jun 2025,kemajuan fizikal projek telah mencapai 82.63-peratus.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.