2025-07-03
HaiPress
Foto FB Institut Keusahawanan Negara
KUALA LUMPUR,1 Julai– Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN),mengumumkan pelantikan Viviantie Sarjuni sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya berkuat kuasa hari ini.
Viviantie berpengalaman lebih 20 tahun dalam syarikat multinasional (MNC) dan agensi kerajaan,serta mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi,inovasi dan kreativiti.
Sebelum menyertai INSKEN,Viviantie pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif,Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC).
Beliau masih memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Ekonomi di bawah Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dan Presiden Alumni Chevening Malaysia (2024-2026).
Pelantikan Viviantie diharap dapat memperkukuh pengurusan dan gerak kerja INSKEN.
Selain itu,memperkasakan ekosistem keusahawanan negara dalam membantu usahawan mikro dan informal untuk kekal berdaya saing.