Pengecualian SST epal dan oren import, dapat sambutan positif

2025-07-03 IDOPRESS

Foto BERNAMA

KOTA KINABALU,2 Julai - Pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import seperti epal dan oren,mendapat sambutan positif.

Orang ramai yang ditemui RTM memberitahu langkah itu membantu menstabilkan harga kedua-dua buah tersebut.

Mereka juga berharap agar kerajaan mempertimbangkan insentif atau pengecualian sama untuk buah-buahan import lain bagi mengurangkan beban rakyat.

Ikuti reaksi peniaga,Rosaline Darius dan Abdul Aziz Sarudin.

"Ekonomi di seluruh dunia,termasuk sabah,sarawak semua masih merundum. Jadi untuk pastikan pelanggan kekal membeli,harga masih sama. Kami berharap kerajaan pertimbangkan import tersebut supaya tidak membebankan rakyat," kata Rosaline.

"Terima kasih kepada kerjaan kerana tidak mengenakan cukai kepada epal dan oren. Saya juga berharap kepada peniaga-peniaga di restoran dan menjual Jus Epal ini tidak menaikkan harga dan kekalkan harga," kata Abdul Aziz.

Sementara itu,Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah,David Chan menyambut baik usaha kerajaan khususnya memberi pengecualian cukai terhadap buah import iaitu buah oren dan epal.

"Saya menyeru supaya pengusaha makanan dan minuman,terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PMKS),agar tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan secara tidak munasabah seperti jus oren atau epal," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.