KDNK suku kedua 2025 dijangka meningkat kepada 4.5 peratus

2025-07-24 HaiPress

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dijangka mencatat pertumbuhan 4.5 peratus pada suku kedua tahun ini / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,23 Julai – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dijangka mencatat pertumbuhan 4.5 peratus pada suku kedua tahun ini,didorong oleh kedudukan ekonomi yang terus stabil dan positif sejak awal 2025.

Timbalan Menteri Kewangan,Lim Hui Ying berkata pada suku pertama 2025,KDNK negara telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus,menunjukkan asas ekonomi yang masih kukuh.


Timbalan Menteri Kewangan,Lim Hui Ying / Foto Bernama
“Pada suku pertama 2025,asas ekonomi negara kekal kukuh dengan pertumbuhan KDNK sebanyak 4.4 peratus. Berdasarkan unjuran awal,suku kedua dijangka mencapai pertumbuhan 4.5 peratus.“Kadar pengangguran pada Mei 2025 pula hanya mencatatkan tiga peratus,manakala kadar inflasi kekal stabil pada 1.1 peratus bagi bulan Jun 2025,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Larut,Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Dewan Rakyat hari ini.Tambah beliau,jumlah perdagangan negara turut mencatatkan peningkatan sebanyak 6.1 peratus pada suku kedua 2025,sekali gus mencerminkan prestasi ekonomi Malaysia yang terus berada pada landasan positif.Dalam pada itu,kerajaan kekal komited untuk terus memantau perkembangan semasa serta memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pendapatan rakyat,selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI dalam menangani isu kos sara hidup secara menyeluruh.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.