Kilang lampu kenderaan mewah pacu ekonomi Batu Berendam

2025-08-01 HaiPress

Kilang Dominant Opto Technologies Sdn. Bhd di Batu Berendam,pengeluar lampu LED kenderaan mewah dan antara 11 syarikat beroperasi di bawah pelaburan MADANI

MELAKA,1 Ogos – Pengeluar lampu pemancar cahaya (LED) kenderaan mewah yang beroperasi di Batu Berendam,membuka ratusan peluang pekerjaan baharu buat anak muda tempatan.

Penduduk setempat yang ditemui RTM menyifatkan Dominant Opto Technologies Sdn Bhd,syarikat milik anak jati Melaka yang memperoleh pelaburan RM1 bilion itu,sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negeri.

Penduduk setempat,Ku Swee Meng,berkata kemasukan pelaburan itu sebagai langkah positif yang turut membawa teknologi baharu dan manfaat terus kepada komuniti sekitar.

“Bila pelabur datang,mereka bukan sahaja bawa duit,tapi bawa teknologi dan peluang. Kalau penduduk tempatan perlukan bantuan,mereka (syarikat) pun sedia hulur tangan,” katanya ketika ditemui RTM.

Abd Karim Abu Bakar,pula berkata lebih banyak kilang bermakna lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda.

“Anak-anak muda lepasan sekolah,universiti,semua boleh mohon kerja. Ini bantu jana ekonomi dan bagi manfaat kepada semua,” katanya.

Seorang lagi penduduk,P. James,berkata walaupun beliau belum melihat sepenuhnya kesan pelaburan itu,namun sudah terasa impaknya terhadap peniaga kecil.

“Alhamdulillah,pelabur masuk Melaka ni walaupun nampak macam jauh,tapi sebenarnya banyak membantu. Bila kilang buka,kedai makan,perkhidmatan lain pun berkembang. Kami peniaga pun dapat rasa tempiasnya,” katanya.

Bagi Mohd Izhar Ishak,pelaburan itu jelas memberi nilai tambah kepada Batu Berendam.

“Harga sewa pun naik sikit sebab ramai orang datang kerja. Tapi baguslah,kawasan ni hidup balik,” katanya.

Semalam,Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan sebanyak 11 kilang telah mula beroperasi di seluruh negara melibatkan pelaburan berjumlah RM11.3 bilion.

Antaranya INV New Material Technology di Pulau Pinang (RM3.2 bilion),Alliance Contract Manufacturing di Pulau Pinang dan Kedah (RM1.5 bilion),Chery Corporate Malaysia di Selangor (RM1.4 bilion),Dominant Opto Technologies di Melaka (RM1 bilion) dan Cosmx Technology Malaysia di Pulau Pinang (RM921 juta).

BERITA BERKAITAN

Pelaburan asing bawa limpahan ekonomi kepada komuniti setempat

RM11.3 bilion pelaburan sektor pembuatan diluluskan bawah Kerajaan MADANI

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.