Pemerkasaan FELDA perlu jadi tumpuan RMK13

2025-08-15 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,14 Ogos - Pemerkasaan FELDA perlu diberi tumpuan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi memastikan kemampanan ekonomi peneroka pada masa hadapan.

Ahli Parlimen Jempol,Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berkata,langkah itu memerlukan sokongan strategik dan berterusan daripada kerajaan bagi menghadapi cabaran baharu.

“Kerajaan juga perlu mempercepat usaha menaik taraf infrastruktur di tanah rancangan FELDA berdasarkan strategi B 5.1 RMK13.

Usaha penambahbaikan fungsi asas dan kemudahan sedia ada perlu dilaksanakan segera kerana kebanyakannya sudah berusia lebih 40 tahun dan kerap rosak,” katanya ketika membahaskan RMK13 di Dewan Rakyat,hari ini.

Beliau turut mencadangkan penggunaan teknologi moden seperti dron dan mesin robotik di ladang kelapa sawit bagi meningkatkan hasil peneroka,sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Ketika ini,sebanyak 112,635 peneroka direkodkan melibatkan 317 skim tanah rancangan FELDA di seluruh negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.