Kementerian Pertahanan timbang perolehan jet dari Perancis, AS dan Rusia

2025-08-21 HaiPress

Foto hiasan/BERNAMA

KUALA LUMPUR,20 Ogos - Kementerian Pertahanan sedia mempertimbangkan untuk melakukan perolehan jet generasi kelima (5G) sama ada dari Perancis,Amerika Syarikat (AS) dan Rusia,sebahagian usaha menggantikan semua pesawat menjelang 2040.

Menterinya,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,perolehan itu akan difikirkan sekiranya penghantaran pesawat pejuang F/A-18 Hornet milik Tentera Udara Kuwait (KAF),mengambil masa terlalu lama.

"Mereka boleh kemukakan keputusannya mungkin hanya pada 2033 atau 2034 kerana jangkaan kita hendak menggantikan semua pesawat dengan pesawat baharu menjelang 2040.

Dalam pada itu,beliau menjelaskan,pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan ke Kuwait bagi menilai dan melihat pesawat pejuang F/A-18 Hornet bulan hadapan.

Melalui proses itu,pasukan TUDM akan menilai kesediaan pesawat pejuang itu,selain melihat kekurangan yang perlu dipertingkat.

Bagaimanapun,penghantaran pesawat pejuang itu hanya boleh dilaksanakan apabila Kuwait menerima jet yang ditempah baharu dari AS .

"Penghantaran atau penerimaan daripada kita terhadap jet tersebut hanya akan berlaku apabila Kuwait menerima jet-jet tempahan baharu mereka dari AS.

"Seperti kita sedia maklum,masa untuk kita mendapat penyerahan jet itu telah makan masa terlalu lama dan sehingga kini pihak Kuwait masih lagi belum ada ketentuan bila mereka boleh dapatkan jet baharu mereka.

"Selagi mereka tidak dapat jet baharu,selagi itu mereka tidak boleh serahkan jet F/A-18 kepada kita," jelas beliau pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13),di Dewan Rakyat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.