Pengecualian tarif sifar perkukuh daya saing minyak sawit Malaysia

2025-10-31 HaiPress

Foto hiasan/RTM

KUALA LUMPUR,30 Oktober - Pengecualian tarif sifar terhadap minyak sawit Malaysia disifatkan sebagai perkembangan positif yang akan memperkukuh daya saing negara di pasaran global,menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Ketua Pegawai Eksekutif MPOC,Belvinder Sron,berkata langkah tersebut akan terus mengukuhkan kedudukan kompetitif Malaysia dalam pasaran bernilai tinggi dan sedang berkembang pesat.

“Kerjasama komersial yang lebih mendalam dengan AS akan memberi manfaat kepadapemain industri dan ekonomi negaraterutamanya melalui pengembangan hiliran dan integrasi teknologi.

''Keputusan ini amat bertepatan dengan prestasi perdagangan dua hala yang kini berada pada tahap yang kukuh,'' katanya dalam satu kenyataan.

Eksport minyak sawit Malaysia ke Amerika Syarikat menunjukkan pertumbuhan konsisten sejak dua tahun lalu,didorong peningkatan permintaan daripada sektor pembuatan dan barangan pengguna.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini,eksport minyak sawit dan produk berkaitan meningkat 8.1 peratus kepada 346,000 tan berbanding 320,000 tan dalam tempoh sama pada 2024.

Pertumbuhan itu dipacu terutamanya oleh minyak sawit mampan,dengan penghantaran meningkat daripada 75,000 tan kepada 98,000 tan.

Belvinder menambah,meskipun prestasi perdagangan dengan Amerika Syarikat amat menggalakkan,MPOC akan terus memperluas pasaran ke wilayah lain bagi menyokong daya tahan jangka panjang.

“Sub-Sahara Afrika,Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) serta ASEAN kekal sebagai wilayah tumpuan utama,sejajar dengan peningkatan permintaan terhadap minyak makan dan produk hiliran berasaskan sawit,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.