FAMA siap sedia pastikan bekalan pertanian, keperluan makanan mencukupi sepanjang MTL

2025-11-21 HaiPress

Majlis perasmian Karnival Jualan Agro MADANI Negeri Perlis disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

KANGAR,21 November- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersiap sedia untuk memastikan bekalan hasil pertanian dan barangan keperluan makanan mencukupi sebagai persediaan menghadapi banjir semasa musim tengkujuh akan datang.

Pengerusinya Aminuddin Zulkipli,berkata FAMA telah menyediakan pelbagai strategi dan menjalin kerjasama dengan agensi berkaitan sebagai persiapan bekalan bagi menghadapi sebarang gangguan bekalan .

“Pada masa ini,kami berada pada kedudukan yang baik melalui kerjasama kami dengan syarikat swasta,pemain industri dan agensi kerajaan dari segi logistik," katanya pada Karnival Jualan Agro MADANI Perlis,Dataran Dato' Sheikh Ahmad,di sini hari ini.

"Rangkaian kami dengan rakan kongsi kontrak memastikan kami boleh mendapatkan bekalan ini. Sekiranya bekalan tempatan terganggu,FAMA akan berusaha sedaya upaya untuk membawa masuk barangan dari wilayah lain," jelasnya lagi.

Mengenai Jualan Agro MADANI,beliau menegaskan inisiatif jualan ity telah memanfaatkan 6.6 juta isi rumah,melibatkan 33,919 usahawan.

FAMA turut menjana RM48 juta daripada 2,486 Jualan Agro MADANI yang diadakan di seluruh negara,dengan penjimatan RM14.4 juta setakat 31 Oktober lepas.

"“Jualan Agro MADANI (tahun ini) kami sasarkan 3,500 penganjuran program jualan. FAMA menyahut cabaran untuk mencapai sasaran ini sehingga penghujung tahun ini. Penganjuran pada hujung tahun ambil kira musim cuti,itu yang menjadikan keinginan nak pergi ke karnival (Jualan Agro MADANI) pun ada," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.