2026-04-16
HaiPress

FOTO AFP
MELBOURNE,16 April – Pasukan kecemasan bertungkus-lumus mengawal kebakaran besar yang melanda Unit MOGAS di kilang penapis minyak Viva Energy di Geelong awal pagi Khamis,
RINGKASAN BERITA AI
−
Syarikat turut menyatakan bahawa buat masa ini “tiada kesan segera” terhadap bekalan bahan api susulan insiden itu.
Kilang penapis minyak yang mempunyai lebih 1,100 kakitangan itu beroperasi sejak 1954 dan memiliki kapasiti memproses sehingga 120,000 tong minyak sehari bagi menghasilkan petrol,diesel,gas petroleum cecair (LPG),serta bahan api penerbangan.
Insiden itu berlaku hanya seminggu selepas Viva Energy memeterai perjanjian dengan kerajaan Australia untuk mengukuhkan jaminan bekalan bahan api tambahan susulan krisis di Asia Barat.
Ketua Eksekutif Viva Energy,Scott Wyatt,sebelum ini menegaskan bahawa pasukan mereka bekerja tanpa henti bagi memastikan kelangsungan bekalan bahan api buat pengguna,sektor pertanian dan perniagaan di tengah-tengah perkembangan pasaran global yang mencabar. REUTERS