Australia peroleh tambahan 100 juta liter diesel dari Brunei dan Korea Selatan

2026-04-16 HaiPress

Perdana Menteri Australia,Anthony Albanese (kiri) bersama Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA

KUALA LUMPUR,16 April – Australia berjaya memperoleh bekalan tambahan kira-kira 100 juta liter diesel dari Brunei dan Korea Selatan sebagai usaha mengukuhkan simpanan bahan api negara itu yang terjejas akibat perang di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI

Setakat ini,Australia dilaporkan hanya memiliki simpanan petrol untuk tempoh kira-kira 38 hari,jauh di bawah tahap minimum 90 hari yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).

Meskipun kerajaan Australia masih belum melaksanakan catuan bahan api,pengguna telah digesa untuk menjimatkan penggunaan petrol dan beralih kepada pengangkutan awam jika perlu.

Seperti kebanyakan negara di Asia dan Pasifik Selatan,Australia sangat bergantung kepada bekalan minyak yang melalui Selat Hormuz.

Bagaimanapun,laluan air penting itu kini terjejas sepenuhnya sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari lalu. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.