Sekatan AS langgar gencatan senjata

2026-04-22 HaiPress

Menteri Luar Iran,Seyed Abbas Araghchi/ AFP

TEHRAN,22 April – Menteri Luar Iran,Seyed Abbas Araghchi dalam satu hantaran di platform X pada Selasa berkata sekatan Amerika Syarikat terhadap pelabuhan Iran merupakan tindakan perang yang melanggar gencatan senjata.

RINGKASAN BERITA AI

“Selain itu,sebarang lanjutan gencatan senjata oleh Trump pastinya merupakan cara untuk mendapatkan masa bagi serangan mengejut. Sekaranglah masanya untuk Iran mengambil inisiatif,” kata Mohammadi di platfotm X.

Terdahulu,Amerika Syarikat (AS) mengumumkan lanjutan gencatan senjata dengan Iran bagi memberi ruang kepada Tehran mengemukakan cadangan bersama.

Dalam hantaran di platform Truth Social,Trump berkata keputusan itu dibuat susulan permintaan Pakistan serta keadaan politik dalaman Iran yang disifatkan berpecah,bagi memberi ruang kepada kepimpinan negara itu mengemukakan cadangan bersama.

Trump turut menyatakan tentera Amerika Syarikat akan terus mengekalkan sekatan terhadap Iran dan kekal dalam keadaan bersiap siaga.- REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.