Konflik Asia Barat: AS, Israel punca ketidakstabilan – Araqchi

2026-04-23 HaiPress

Menteri Luar Iran,Abbas Araqchi bersama-sama dengan utusan khas Korea Selatan,Chang Byung-ha / REUTERS

TEHRAN,23 April – Menteri Luar Iran,Abbas Araqchi menegaskan bahawa tanggungjawab terhadap sebarang kesan buruk akibat peperangan yang berlaku kini terletak sepenuhnya di bahu “penceroboh”,merujuk kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

RINGKASAN BERITA AI

Tindakan berkenaan dilakukan sehari selepas Presiden AS,Donald Trump mengumumkan pembatalan serangan buat tempoh yang tidak dinyatakan.

Namun sehingga kini masih belum ada tanda-tanda rundingan damai akan disambung semula.

Sementara itu,status gencatan senjata yang bermula dua minggu lalu dan sepatutnya berakhir awal minggu ini masih kekal kabur.

Meskipun sebelum ini mengancam untuk memperhebatkan serangan,Trump melakukan pusingan u pada Selasa dengan mengumumkan secara unilateral bahawa AS akan melanjutkan tempoh gencatan senjata sehingga cadangan damai daripada Iran dibincangkan bagi menamatkan perang yang kini memasuki bulan kedua. – REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.