Jet tentera udara AS hantar isyarat kecemasan di ruang udara Turkiye

2026-04-24 HaiPress

Foto REUTERS

MOSCOW,24 April -Sebuah jet Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) menghantar isyarat kecemasan ketika berada di ruang udara Turkiye pada Jumaat,menurut laman penjejakan trafik udara Flightradar24,lapor Sputnik/RIA Novosti.

RINGKASAN BERITA AI

Pesawat RCH525 itu menghantar “kod 7700”,yang menunjukkan situasi “kecemasan umum”,pada kira-kira 7.51 pagi waktu Turkiye (0451 GMT).

Menurut data penjejakan penerbangan,jet itu berlepas dari Emiriah Arab Bersatu dan mendarat di Pangkalan Udara Incirlik,sebuah kemudahan NATO yang dikendalikan terutamanya oleh tentera udara Turkiye dan AS.

Punca pesawat itu menghantar isyarat kecemasan belum diketahui. – BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.