2026-04-24
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,24 April – Kemunculan Malaysia sebagai model global dalam pengurusan bencana bukan sahaja didorong kecekapan pasukan tindak balas,malah penggunaan teknologi terkini yang serba canggih.
RINGKASAN BERITA AI
−
Program itu menghimpunkan pelbagai pihak berkaitan pengurusan bencana dari seluruh Asia untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman.
Salah seorang delegasi dari Timor-Leste,Nilton Saad,memuji sistem pengurusan bencana Malaysia dengan menyifatkannya sebagai antara yang terbaik di rantau ini.
“Malaysia mempunyai peranan yang sangat penting kerana telah memodenkan peralatan dan teknologi terhadap tindak balas kepada pengurusan bencana,khususnya bencana semula jadi,”katanya.
Resilient Asia 2026 yang julung kali dianjurkan NADMA berlangsung selama tiga hari mulai hari ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini.