2026-04-30
HaiPress

FOTO AFP
NEW DELHI,30 April – Sekumpulan badak air yang dikaitkan dengan raja dadah Pablo Escobar,yang dijadualkan untuk ditakai di Colombia,ditawarkan penempatan baharu di India melalui cadangan oleh Anant Ambani,anak kepada bilionair Mukesh Ambani,lapor agensi berita Jerman (dpa).
RINGKASAN BERITA AI
−
Pakar pemuliharaan hidupan liar bagaimanapun memberi amaran yang pemindahan badak air itu mungkin tidak praktikal disebabkan kos tinggi dan halangan perundangan.
Kemudahan Vantara seluas 1,416.4 hektar itu mendakwa sebagai antara pusat penyelamatan dan pemuliharaan hidupan liar terbesar di dunia,menempatkan lebih 2,000 spesies. Ia turut mempunyai hospital gajah dan pusat pembiakan bagi spesies terancam.
Fasiliti itu tidak dibuka kepada orang awam,namun pernah menerima kunjungan tokoh terkenal seperti Lionel Messi,Ivanka Trump dan Rihanna semasa majlis perkahwinan Ambani.
Terletak berhampiran kilang penapisan milik Ambani di Jamnagar,pusat perlindungan itu turut mendapat perhatian susulan pemerolehan pantas haiwan eksotik serta dakwaan pelanggaran undang-undang perdagangan hidupan liar.
Mahkamah Agung India menubuhkan panel bagi menyiasat dakwaan itu dan membersihkan nama Vantara pada November 2025.- BERNAMA-dpa