Biodiesel B15: Langkah strategik perkukuh daya tahan ekonomi negara

2026-06-04 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,4 Jun – Pelaksanaan program biodiesel B15 yang diperkenalkan kerajaan disifatkan sebagai langkah strategik yang tepat dan proaktif dalam usaha mengukuhkan ekosistem keselamatan tenaga serta memacu ekonomi negara lebih mampan.

RINGKASAN BERITA AI

“Langkah pengenalan B15 ini membantu kerajaan menguruskan subsidi bahan api dengan lebih cekap dan telus dari sudut fiskal.

“Apabila kita beralih kepada biodiesel tempatan,kesan ketidaktentuan harga global dapat dikurangkan,sekali gus menjadi strategi utama untuk mengurangkan tekanan perbelanjaan subsidi tenaga dalam keadaan ekonomi yang mencabar,” katanya lagi.

Malah,lonjakan permintaan domestik ini dijangka menyokong kestabilan pendapatan hampir 450,000 pekebun kecil sawit yang menjadi tulang belakang sektor komoditi negara.

Di samping itu,pelaburan berteknologi tinggi dalam aspek logistik dan pengadunan ini akan menjana pertumbuhan ekonomi baharu serta memelihara daya tahan pasaran tempatan daripada sebarang kejutan rantaian bekalan luar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.