Tiga Kapal LMS Batch 2 bakal ditauliah menjelang hujung tahun 2027

2026-06-09 HaiPress

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,9 Jun – Ketiga-tiga Kapal Misi Pesisir ‘Batch 2’ (LMSB2) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka akan ditauliahkan sepenuhnya menjelang hujung tahun 2027.

RINGKASAN BERITA AI

Dalam pada itu,ketika mengulas mengenai tuntutan RM1 bilion ke atas sebuah syarikat pertahanan dari Norway,Datuk Seri Mohamed Khaled berkata pihaknya telah menerima permohonan daripada syarikat berkenaan untuk mengadakan perbincangan.

“Kita memang ada menerima permintaan daripada syarikat berkenaan untuk mengadakan perbincangan. Bagaimanapun,apa sahaja perbincangan yang ingin diadakan,tuntutan kita tetap berjalan seperti biasa.

“Kita masih belum berjumpa dengan pihak syarikat tersebut dan belum mengetahui perkara yang ingin mereka bincangkan. Namun,kita telah menerima surat daripada syarikat berkenaan,” katanya.

Norway sebelum ini membatalkan lesen eksport bagi peluru berpandu antikapal (NSM) kepada Malaysia serta sistem pelancar berkaitan atas alasan untuk melindungi keselamatan negara itu.

Menurut laman sesawang Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA),perolehan NSM dimeterai antara TLDM dan KDA pada April 2018,dengan nilai kontrak 124 juta euro (RM571.9 juta) bagi melengkapkan enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) baharu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.