TAGS selesai 80 kes dalam tempoh 60 hari – Nancy

2026-06-11 HaiPress

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR 11 Jun Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) terus membuktikan keberkesanan sebagai platform alternatif bagi mangsa mendapatkan keadilan apabila 80 daripada 99 aduan yang diterima sejak penubuhannya berjaya diselesaikan dalam tempoh 60 hari dari hari pertama pendengaran.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pejabat Tribunal Bagi Antigangguan Seksual serta melancarkan Sistem Pengurusan Aduan Secara Elektronik (e-TAGS) di Menara Aras Raya,Kuala Lumpur.

Sehubungan itu,penubuhan TAGS di bawah Akta Antigangguan Seksual 2022 menjadi langkah penting bagi memperkukuh perlindungan terhadap mangsa serta menyediakan saluran alternatif kepada mahkamah sivil untuk mendengar dan memutuskan aduan gangguan seksual.

Dalam masa sama,beliau berkata,pelaksanaan sistem e-TAGS yang mula digunakan pada 1 Januari lalu membolehkan keseluruhan proses pemfailan,pengurusan,pendengaran dan penyimpanan rekod aduan dilakukan secara digital,sekali gus mempercepatkan urusan serta meningkatkan akses kepada perkhidmatan tribunal.

Tambah beliau,pejabat baharu TAGS di Menara Aras Raya turut dilengkapi kemudahan mesra mangsa termasuk Bilik Saksi Kanak-Kanak bagi memastikan proses pendengaran berlangsung dalam suasana yang selamat dan bermaruah.

Beliau turut menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Jun yang mengekalkan satu award atau keputusan TAGS sebagai pengiktirafan penting terhadap profesionalisme,ketelitian dan integriti tribunal tersebut dalam mengendalikan aduan secara bebas dan adil.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.