Gelombang haba: 68,000 rumah di Perancis terputus bekalan elektrik

2026-06-24 HaiPress

Foto AFP

[b]RENNES,[/b][b]24 Jun [/b]– Gelombang haba ekstrem di Eropah telah menyebabkan kira-kira 68,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di barat laut Perancis hari ini.

RINGKASAN BERITA AI

Pada lewat malam Selasa,jumlah pengguna rangkaian tenaga Perancis yang terjejas akibat gangguan tersebut dilapor mencecah 106,000 pelanggan.

“Atas faktor teknikal,pasukan teknikal daripada pengendali grid Perancis tidak akan dapat menyambung semula bekalan kepada isi rumah yang terjejas dalam waktu terdekat; penyambungan semula hanya akan dapat dilakukan paling awal menjelang akhir Rabu,” jelas jurucakap pengendali grid tersebut.

Finistere merupakan satu daripada 58 wilayah di Perancis yang diletakkan di bawah amaran merah tertinggi bagi cuaca panas ekstrem.

Suhu sekitar 39 hingga 41 darjah selsius dijangka berterusan dari wilayah Brittany hingga ke rantau Paris.

Pakar  meteorologi menyatakan cuaca ekstrem berkenaan didorong oleh corak atmosfera dan peredaran udara yang memerangkap udara panas di sesuatu kawasan selama beberapa hari.

Faktor ini menjadi semakin buruk akibat isu pemanasan global.- AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.