2026-06-24
HaiPress

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil menjawab soalan pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat di sini,hari ini. / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,24 Jun – Beberapa langkah kawal selia ditetapkan bagi memastikan mekanisme pengesahan usia tidak dimanipulasi syarikat pemberi perkhidmatan susulan penguatkuasaan had umur 16 tahun bagi pemilikan akaun media sosial.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bangi,Shahredzan Johan pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat di sini,hari ini.
Jelasnya lagi,pemberi perkhidmatan media sosial perlu melaksanakan langkah keselamatan kanak-kanak melalui reka bentuk selain meningkatkan perlindungan bersesuaian dengan usia.
Tindakan undang-undang akan dikenakan jika gagal mematuhi ketetapan ditetapkan.
Langkah berkenaan diperuntukkan menerusi Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) yang mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2026 di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866).
CPC bersama Kod Pengurangan Risiko (RMC) diterbitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 22 Mei 2026.
Penetapan had umur minimum 16 tahun bagi penggunaan media sosial bertujuan melindungi kanak-kanak dan keluarga daripada kemudaratan dalam talian.
Pendaftaran dan pemilikan akaun media sosial hanya dibenarkan selepas mencapai umur 16 tahun,dengan penyedia platform diwajibkan melaksana mekanisme pengesahan umur.