Toyota labur RM16.2bil di Texas, pindah operasi pengeluaran dari Mexico

2026-07-07 HaiPress

Foto REUTERS

[b]TOKYO,[/b][b]7 Julai [/b]– Gergasi automotif Jepun,Toyota,pada Selasa mengumumkan bakal memindahkan operasi pengeluaran trak pikap saiz pertengahannya,Tacoma,dari Mexico ke Amerika Syarikat (AS).

RINGKASAN BERITA AI

Langkah tersebut dijangka bakal membuka lebih 2,000 peluang pekerjaan baharu selain meningkatkan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 150,000 unit.

“Pelaburan ini bertujuan untuk memperkukuh lagi sistem pengeluaran Toyota yang berdaya saing serta berakar umbi di peringkat tempatan,” jelas syarikat itu dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Jelasnya,pemasangan baharu itu dijangka mula beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Toyota bersama beberapa pengeluar automotif utama lain kini dilihat mula mengalihkan rantaian pengeluaran mereka kembali ke AS.

Tindakan ini diambil ekoran langkah Presiden Donald Trump yang menaikkan tarif ke atas import automotif,keluli dan aluminium.

Sebelum ini,kebanyakan pengeluar kereta global termasuk syarikat pengeluar dari AS sendiri memilih untuk membuka kilang di Mexico bagi memanfaatkan pelbagai perjanjian perdagangan bebas,termasuk Perjanjian AS-Mexico-Kanada (USMCA) yang sedang berkuat kuasa.

Walaupun pakatan USMCA tersebut berbaki tempoh 10 tahun lagi,tindakan Washington pada minggu lepas yang mengumumkan bahawa perjanjian itu kini akan disemak secara tahunan dijangka bakal menjejaskan sentimen dan keyakinan para pelabur.

Di sebalik ketidaktentuan pasaran,saham Toyota mencatatkan peningkatan sebanyak 1.3 peratus pada sesi dagangan pagi,ketika indeks penanda aras Nikkei pula mengalami kejatuhan sebanyak 1.2 peratus.- AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.