2026-07-08
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,8 Julai– Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan pelaksanaan penuh sistem pendigitalan di semua klinik kesihatan dan klinik pergigian kerajaan menjelang 2028.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Daripada segi sistem ini,kita mengambil masa untuk menaik taraf penggunaannya kerana kekangan yang dihadapi adalah bagi memastikan semua maklumat pesakit dapat disertakan.
“Misalnya,jika seseorang pesakit mendapatkan rawatan bagi penyakit tidak berjangkit seperti diabetes,rekod terdahulunya,termasuk rekod pertemuan dengan doktor,ulasan doktor serta keputusan ujian darah yang mengesahkan pesakit menghidap penyakit tidak berjangkit,perlu direkodkan dalam sistem tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Betong,Datuk Dr. Richard Rapu di Dewan Rakyat di sini.